Pemandu lori tak mengaku cabul pelajar IPT

  • 7 bulan lalu
Pemandu lori tak mengaku cabul pelajar IPT

BERITA MOJO 30 NOVEMBER 2023

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 6 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh Muhammad Amsyar Mohd Ali bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan mangsa perempuan berusia 21 tahun.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/637319/berita/semasa/pemandu-lori-tak-mengaku-cabul-pelajar-ipt

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Cabul #PemanduLori #Jenayah