Alasan 'penat' ambil jubah konvo, pelajar IPT dicekup khalwat

  • 2 tahun lalu
Alasan 'penat' ambil jubah konvo, pelajar IPT dicekup khalwat

BERITA SEMASA 3 DISEMBER 2022

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan enam pasangan termasuk pelajar institut pengajian tinggi dipercayai berkhalwat di sebuah hotel di Ujung Pasir, Melaka pada awal pagi Sabtu, lapor Wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kesemua mereka yang ditahan dalam operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Lebih mengecewakan apabila majoriti yang ditahan merupakan mahasiswa dan graduan universiti awam termasuk memberi alasan terpaksa bermalam bersama pasangan kerana ingin mengambil jubah konvokesyen bagi menghadiri istiadat berkenaan Selasa ini.

Artikel: https://bit.ly/3P0S5ki

#BeritaSemasa #SinarHarian