2 maut dalam kemalangan jalan raya di Niagara Falls

  • 7 bulan lalu
2 orang maut pada Rabu selepas kenderaan yand dipandu laju ke arah jambatan sempadan Amerika Syarikat dan Kanada itu terbabas dan meletup di pusat pemeriksaan Niagara Falls. Perkara itu telah menyebabkan beberapa lintasan sempadan itu ditutup selama berjam-jam.

Video kamera litar tertutup (CCTV) dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat menunjukkan sebuah kenderaan dipandu laju dalam keadaan jalan raya yang basah sebelum terbabas dan terbang sejauh beberapa meter.