Nahas Jalan Raya | Tiga beranak maut kemalangan di Sitiawan

  • 2 tahun lalu
Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan, Seri Manjung, Perak, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azizi Zakaria, kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).