Episod 360 My #QuranTime 2.0 Jumaat 8 Disember 2023 Surah Al-Nisa' (4: 168-170) Halaman 104
Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah Al-Nisa' ayat 168-170 halaman 104 ini adalah: * Penegasan tiada keampunan bagi orang kafir dan zalim (168) * Tempat dan balasan bagi orang kafir dan zalim (169) * Seruan kepada ahli Mekah ikuti ajaran Rasulullah SAW dan ancaman mengingkarinya (170)
Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 168-170 halaman 104: * Sentiasa jauhi dosa dan memohon hidayah sebagai petunjuk jalan (168) * Tidak berlaku zalim terhadap kebenaran, diri sendiri dan orang lain (168) * Ikuti ajaran Rasulullah SAW tanpa mengira apapun darjat kita (170)