Episod 160 My #QuranTime 2.0 Isnin 22 Mei 2023 Surah Al-Baqarah (2: 276-278) Halaman 47
Antara perkara penting yang dapat kita ambil dari Surah Al-Baqarah ayat 276-278 halaman 47 ini adalah: * Hilang keberkatan hidup kerana riba (276) * Amalan orang-orang yang beriman (277) * Perintah meninggalkan riba bagi orang-orang Mukmin! (278)
Tindakan yang boleh dilaksanakan daripada ayat 276-278 halaman 47: * Menjaga keberkatan hidup dengan miliki harta yang halal dan bersih (276) * Yakin tiada kerugian dan sia-sia saat melakukan amal kebaikan (277) * Segera jauhi dan tinggalkan riba dalam semua transaksi yang ada (278)