Pendigitalan | Tidak akan disaman jika gagal tunjuk cukai jalan digital

  • tahun lalu
Pengguna tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ kerana penguat kuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke selepas timbul banyak persoalan dalam kalangan pengguna susulan tiada keperluan mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing.