Langkah Pendigitalan | Tidak perlu lagi lekat cukai jalan bermula 10 Februari

  • tahun lalu
Bermula hari ini pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian secara fizikal.

Sebaliknya, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).