[TERKINI] Felda tubuh jawatankuasa bertindak di Sarawak

  • tahun lalu
Satu jawatankuasa bertindak melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kerajaan Sarawak akan ditubuhkan bagi merencanakan kaedah terbaik dalam memajukan aset Felda di negeri itu, kata Pengerusi Tan Sri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini juga sejajar dengan proses rasionalisasi Felda bagi meningkatkan nilai serta prestasi syarikat di seluruh negara.

Hasil daripada jawatankuasa itu akan dapat dilihat dalam masa terdekat, setakat ini belum ada satu nama khusus untuk jawatankuasa itu.

Katanya, bagaimanapun bagi Felda, ia akan diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Besar Felda dan diselaras dengan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak.

Disyorkan