Pekerja 15 Negara | Kemasukan 500,000 pekerja asing di sektor kritikal

  • tahun lalu
Kemasukan seramai 500,000 pekerja warga asing ke Malaysia yang dirancang pada tahun ini, tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ini kerana, mereka yang dibawa dari 15 negara sumber dalam Benua Asia itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan, antaranya dalam sektor perladangan, pertanian dan pembinaan.