Siasatan SPRM | Tidak jejas kemasukan pekerja asing Bangladesh

  • 2 tahun lalu
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) tidak akan menjejaskan kemasukan pekerja asing dari Bangladesh ke negara ini.

Bagaimanapun, mungkin berlaku sedikit kelewatan kerana syarikat tersebut juga perlu memberi kerjasama kepada siasatan SPRM.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, beliau sendiri mengalu-alukan siasatan itu bagi menangkis pelbagai tuduhan berkaitan isu pengambilan pekerja asing.

Pada Jumaat, Saravanan berkata, beliau tiada sebarang maklumat berhubung siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dalam pemilihan 25 syarikat Bangladesh sebagai ejen merekrut pekerja negara itu ke Malaysia.