Pasca PRU15 | Penjawat awam komited pastikan perkhidmatan kerajaan lancar

  • 2 tahun lalu
Anggota perkhidmatan awam memberi jaminan akan terus menyempurnakan tugas diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia juga bagi menjunjung kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum itu.