KSN | Hubungan jemaah menteri, penjawat awam diperkukuh

  • 2 tahun lalu
Anggota perkhidmatan awam berharap hubungan antara jemaah menteri dan penjawat awam terus diperkukuh dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.

Dalam ucapan tahniah atas pelantikan barisan jemaah menteri baharu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut menyuarakan harapan agar mandat dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan adil, amanah dan berintegriti.