'Ikut kehendak parti' - Hamzah pertahan surat menteri PN pada Agong

last year
Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin mempertahankan tindakan 12 menteri gabungan itu menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon PRU15 ditangguhkan selepas musim banjir.

Hamzah berkata sebagai ahli parti, dia juga memahami mengapa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu mematuhi arahan partinya iaitu Umno supaya PRU15 perlu diadakan dalam tahun ini.