Kebersihan Sungai | Pemandu lori buang sampah dalam sungai ditahan

  • 2 tahun lalu
Polis telah mengambil keterangan seorang pengutip sampah selepas video tular lelaki itu membuang sampah ke dalam sungai di percayai di Sungai Wak Rabun, Pontian tular sejak tengah hari, semalam.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di bandar Pontian, kira-kira jam 7 malam pada Khamis, selepas lima jam usaha mencarinya dijalankan.