Alunan bacaan Syeikh Osama bergema di Perak

  • 2 tahun lalu
Alunan bacaan Syeikh Osama bergema di Perak

BERITA SEMASA 30 OGOS 2022

Alunan bacaan Surah Al-Sajdah oleh Guru Al-Quran di Masjidil Haram, Syeikh Osama Mohamad Iqbal bergema di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Selasa bersempena Malaysia #QuranHour, penganjuran program berkenaan di lokasi perdana itu turut menarik penyertaan kira-kira 500 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tokoh tersebut merupakan salah seorang qari jemputan bagi memperdengarkan bacaan Surah Al-Sajdah bersama-sama sembilan qari yang lain.

Malaysia #QuranHour kali ke-8 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) akan membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Artikel: https://bit.ly/3Q0dPeV

#BeritaSemasa #MalaysiaQuranHour2022 #SinarHarian

Disyorkan