PKP | Kelantan benar solat tarawih di 7 jajahan

  • 2 tahun lalu
Solat Jumaat dan tarawih dibenarkan di masjid serta surau di tujuh jajahan di Kelantan sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari imi sehingga 29 April.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, memaklumkan, bagi solat Jumaat, fardu dan tarawih serta qiamullail di masjid negeri, bandar serta jajahan dibenarkan dengan kehadiran 70 peratus daripada kapasiti keluasan masjid dan surau.