Politik Myanmar | Menteri Luar Malaysia, Indonesia diberi mandat

  • 2 tahun lalu
Menteri Luar Negeri Malaysia dan Indonesia diberikan mandat untuk mencari kesepakatan untuk mengadakan Mesyuarat Khas ASEAN berhubung pergolakan politik yang berlaku di Myanmar.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat tersebut perlu diadakan bagi membincang secara lebih mendalam berhubung situasi semasa di Myanmar.