Usul undi percaya bantu luluskan Belanjawan - Johari

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berpandangan, sekiranya undi percaya terhadap kerajaan dapat diusulkan, ini akan bantu meluluskan Belanjawan 2021.

Tegas beliau, isu yang dipertikaikan kebanyakan ahli Parlimen adalah keyakinan terhadap kerajaan Perikatan Nasional ketika ini, dan bukan semata-semata untuk mempolitikkan Belanjawan.