Perak lulus belia 18 tahun jadi calon Adun

  • 2 tahun lalu
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi calon ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
RUU itu dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan oleh empat adun, dua daripada blok kerajaan dan dua pembangkang.

Disyorkan