Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serah surat letak jawatan sebagai MB kepada Sultan Perak

  • 2 tahun lalu
Berikut kenyataan Datuk Seri Faizal Azumu dalam sidang media pada petang Sabtu:

"Alhamdulillah pada jam 3.00 petang, 5 Disember 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah.

Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan."

Disyorkan