Jangan khuatir jika kes import tunjukkan bilangan yang besar

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai supaya tidak khuatir jika jumlah kes import menunjukkan bilangan yang besar.

Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa jumlah itu datang daripada mereka yang pulang dari luar negara, dan telah dikuarantin secara wajib sama ada di hotel ataupun Institut Latihan Awam (ILA).