Lelaki ditahan kerana ugut ADUN

  • 2 tahun lalu
Dua lelaki ditahan di Selangor dan Perak, pada Sabtu bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui ee.

Ia dipercayai berikutan tidak berpuas hati terhadap tindakan bekas Ketua Cabang PKR Sungai Petani itu keluar daripada parti berkenaan.