6 lelaki ditahan polis kerana bertumbuk di LDP

  • 7 years ago
Enam lelaki yang bergaduh di tengah jalan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan pusat beli belah IOI Mall, Puchong semalam selepas kenderaan meraeka terbabit dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta model Proton Satria Neo dan Toyota Vios di lokasi terbabit sekitar jam 1.15 petang.

Jelasnya, susulan kejadian pihak polis menahan enam suspek berusia 40an dan mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi tindakan lanjut.

Rakaman video kejadian terbabit turut tular di laman sosial.

Recommended