China nasihat KKM supaya tidak bergantung kepada rapid test kit

  • 2 tahun lalu
Pakar perunding perubatan dari China yang berkongsi kepakaran teknikal mengenai wabak pandemik COVID-19 baru-baru ini menyarankan kerajaan Malaysia supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada kit ujian pantas atau 'rapid test kit'.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ujian saringan menggunakan kaedah molekular diagnostik menerusi ujian real time polymerase chain reaction (RT-PCR) dilihat pendekatan yang terbaik.

Pun begitu, beliau memaklumkan kumpulan pakar itu kagum dengan pencapaian dan perancangan Malaysia dalam menangani wabak tersebut termasuk penubuhan tujuh hospital COVID-19.

Disyorkan