Kesihatan Najib | KKM sahkan beri ubat sama - Dr Noor Hisham

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan mengesahkan jenis ubat yang dipreskrib kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu juga dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan discaj selepas menerima rawatan pada 9 September lalu.

Disyorkan