Hanya dua kawasan PKPD rekod pertambahan kes positif

  • 2 tahun lalu
Hanya dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat pukul 12 tengah hari Khamis yang menyaksikan pertambahan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kawasan itu adalah di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah Dan Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan pertambahan satu dan lima kes.

Sementara lain-lain kawasan PKPD katanya, kekal dengan tiada pertambahan kes baharu.