Pertambahan kes di tiga kawasan PKPD

  • 2 tahun lalu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tiga kes positif di Kluang iaitu daripada 132 kes kepada 135 kes. Bandar Baharu Ibrahim Majif pula pertambahan tiga kes daripada 97 kepada 100 kes. Lain-lain lokaliti 35 kes, seterusnya pecahan mengikut Mukim Hulu Benut (112 kes), Kluang (18 kes), Machap (4 kes), Nyor (1 kes). Manakala Kluster Hulu Langat penambahan 14 kes menjadikan jumlah keseluruhan 314 kes. Menara Plaza City One pula pertambahan satu kes, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes.