Kementerian Pengangkutan sedia penerbangan ke Sabah, Sarawak sekali seminggu

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, sekiranya tiada penerbangan untuk mereka pulang ke negeri masing-masing sebelum 1 Mei, maka mereka akan berada di sini dua minggu lagi.

Situasi itu khusus untuk mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang telah selesai menjalani kuarantin awal dibenarkan pulang. Manakala, kategori kedua adalah mereka yang transit dari luar negara pula terus pulang ke Sabah dan Sarawak.