Melaka nafi jual Pulau Besar pada Singapura

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Ketua Menteri, Adly Zahari bagaimanapun berkata, sebahagian besar pemilikan pulau berkenaan iaitu sebanyak 80 peratus adalah milik persendirian.
Manakala 20 peratus pemilikan pulau berkenaan dimiliki kerajan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).