PRN Melaka | Adly sah calon PH untuk jawatan Ketua Menteri

  • 2 tahun lalu
Pakatan Harapan (PH) hari ini sah mencalonkan Adly Zahari untuk sekali lagi memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di bumi Hang Tuah itu pada 20 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mahu menonjolkan satu tokoh untuk memimpin kerajaan negeri dan prestasi Adly selama 22 bulan nyata memenuhi kriteria tersebut.

Disyorkan