Pelajar MASSCOM UiTM perlu fleksibel dan agresif hadapi era digital

  • 2 tahun lalu
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) khususnya jurusan Komunikasi dan Media perlu lebih fleksibel, inovatif dan agresif dalam usaha menjadi pekerja berkemahiran tinggi pada abad ke-21 ini.
Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik Fakulti Komunikasi dan pengajian media UiTM, Dr Massila Hamzah perkara itu penting bagi memastikan survival graduan dalam era digital pada masa kini.