Dua pelajar UiTM dikhuatiri lemas

  • 2 tahun lalu
Kegembiraan 18 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) chendering berkelah di Pantai Pandak, Kuala Terengganu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang.
Difahamkan, kumpulan penuntut berkenaan ke pantai itu kira-kira jam 5.30 petang Sabtu dan setiba di lokasi, 14 daripada mereka dikatakan mandi-manda sebelum tiga mangsa dihanyutkan ombak.