'Kita datang dengan tenaga dan semangat, bukan dengan wang ringgit'

  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan bahawa jentera BN yang datang untuk membantu pilihan raya negeri itu tidak datang dengan bantuan wang ringgit, sebaliknya membawa 'tenaga, semangat dan pemikiran'.

Menurutnya, masih ada sebahagian wang yang masih belum dikembalikan kepada BN selepas mahkamah memutuskan wang berjumlah RM194 juta yang disita daripada UMNO, Wanita MCA dan dua entiti perniagaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jentera Barisan Nasional untuk pilihan raya negeri Sabah di Kota Kinabalu pagi ini.