Ahli parlimen patut beri semangat pada KKM, bukan menghina - MP Kepong

  • 4 years ago
Ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng hari ini menjelaskan mengapa beliau membantah keputusan yang dibuat oleh Timbalan Speaker, Azalina Othman Said yang mengarahkan ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer keluar dari Dewan Rakyat semalam.

Ini susulan kenyataan kontroversi ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah 'takut mati' kerana tidak turun padang ke Sabah.

Lim turut menyatakan, ahli parlimen seharusnya memberi kata-kata semangat kepada barisan hadapan kesihatan dan bukannya membuat kenyataan menghina ketika mereka sedang bertungkus lumus menangani pandemik itu.

Sumber videi: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/486581942267526