Wanita Didakwa Sebabkan Kematian Pegawai Polis, Isteri

  • 4 years ago
BALING: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian seorang pegawai kanan polis dan isterinya, 18 April lalu.

Yeoh Chiew Fern, 36, didakwa memandu di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya, Suriya Ab Rahman 37, di Kampung Telok Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling dekat sini pada 7.15 pagi, 18 April lalu