Covid-19: Seluruh China berkabung

  • 4 years ago


China hari ini berkabung bagi memperingati lebih 3,000 rakyatnya yang terkorban akibat wabak Covid-19.


Semua penduduk di seluruh China menghentikan aktiviti mereka dan berdiam selama 3 minit, tepat pada jam 10 pagi.

Bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara itu termasuk kedutaan dan konsulat di luar negara.

Siren dan hon dibunyikan bagi memperingati pesakit dan kakitangan perubatan yang maut.