PH perlu sokongan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama - PM

  • 5 years ago
Pakatan Harapan (PH) memerlukan sokongan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan mesti bekerja keras untuk memastikan setiap orang puas hati dengan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH, di sini, Perdana Menteri berkata semua orang fikir kerajaan hanya menjaga kepentingan kaum lain dan bukan kaum mereka.

“Tetapi hakikatnya kita memberi perhatian kepada semua kaum, kita harus memastikan setiap orang sedikit sebanyak akan berpuas hati.

“Jika PH hilang sokongan orang Melayu, kita akan kalah. Jika PH hilang sokongan kaum Cina, pun kita akan kalah. Dan, malahan kaum India pun memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan PH. Kita perlu lebih berhati-hati,” kata beliau.
-- BERNAMA