Najib Perdana Menteri cukup hebat, tiada peganti - Anifah Aman

  • 4 years ago
Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman berkata bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang cukup hebat di pentas antarabangsa.

Katanya, beliau berbangga dengan Najib Razak.

"Saya antara menteri yang rapat dengan Najib selama 9 tahun berkerjasama, saya terharu Najib seorang Perdana Menteri cukup hebat," katanya ketika memberi ceramah di Kimanis, tadi pagi.

PRK parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Pada PRU 2018 lalu, Anifah memenangi kerusi itu dengan majoriti 156 undi.