NGO gesa mahasiswa UM bangkit pertahan maruah VC

  • 5 years ago
Kumpulan wakil NGO hari ini berdemo di hadapan pintu pagar Universiti Malaya (UM) bagi menzahirkan sokongan terhadap Naib Canselor (NC) universiti itu, Dr Abdul Rahim Hashim yang menurut mereka “ditekan” pihak-pihak tertentu untuk meletakkan jawatan.

Ia susulan tindakan seorang graduan UM, Wong Yan Ke melakukan protes terhadap Abdul Rahim selepas menerima skrol ijazah pada hari konvokesyen UM baru-baru ini.

Demonstrasi itu bermula sejurus selepas Solat Jumaat di masjid Ar Rahman berhampiran UM, kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Beberapa wakil NGO dilihat berdiri di belakang trak pikap Toyota Hilux berwarna putih, yang diletakkan betul-betul di sebelah pintu gerbang UM.