Guan Eng mahu TV3 ulangsiar rakaman Nie Ching dalam Bahasa Melayu

  • 5 years ago
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas saluran berita TV3 yang meletakkan temubual dalam berbahasa mandarin oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sedangkan dia sudah mengadakan temubual dalam bahasa malaysia sebelum itu.

Guan Eng berkata, dia berhati-hati dengan media dan meminta media supaya bertanggungjawab dalam penyiaran yang membabitkan Menteri atau Timbalan Menteri.

Dia juga meminta saluran berita TV3 menyiarkan semula temubual dalam Bahasa melayu yang sudah dirakam.