Big Blue dakwa EVP disalahguna, untungkan Grab

  • 5 years ago
Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd melahirkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu teksi yang didakwa menyalahgunakan Permit Kenderaan E-hailing (EVP) syarikat itu untuk menguntungkan pesaingnya, Grab.

Pengasas dan penasihatnya Shamsubahrin Ismail berkata, lebih malang apabila pemandu teksi yang menyertai Big Blue semata-mata mahu mendapatkan EVP dengan tujuh tempat duduk berbanding sebelum ini hanya enam tempat duduk.

Beliau berkata, sebaik sahaja Agensi Pengangkutan Awam Darat (APD) meluluskan EVP tujuh tempat duduk itu, mereka menyalahgunakan permit yang dikeluarkan di bawah Big Blue itu dan mengambil penumpang melalui aplikasi Grab.

Shamsubahrin menegaskan, pihaknya tidak menolak untuk mengambi tindakan tegas terhadap pemandu terbabit termasuk menyerahkan senarai nama dan butiran pemandu-pemandu teksi berkenaan kepada pihak berkuasa APAD.