MP Sepanggar dakwa ejen 'nombor satu' ganggu MP Sabah

  • 4 years ago
Seorang ahli Parlimen Sabah hari ini membaca pesanan teks yang kononnya membuktikan bahawa usaha sedang dilakukan untuk menarik wakil rakyat di negeri itu untuk menyokong Perikatan Nasional (PN)

Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengatakan, pesanan teks itu dikirim kepada anggota parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dan laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu.