Peratusan kemalangan libat penunggang motosikal membimbangkan - Menteri

  • 5 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata peratusan kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal amat membimbangkan.

Menurut Anthony, walaupun terdapat penurunan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya, namun peratusan tertinggi disumbangkan adalah dari kalangan penunggang motosikal iaitu sebanyak 65.7 peratus dari keseluruhan akibat kemalangan jalan raya.

Justeru kementerian disaran untuk meneliti peratusan itu dan memandang serius dengan mewujudkan mekanisma yang berkesan bagi mempertingkatkan kesedaran pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal terhadap keselamatan di jalan raya.

Berdasarkan statistik kemalangan pada tahun 2018 yang dikeluarkan oleh PDRM, jumlah terkumpul kematian akibat kemalangan jalan raya iaitu seramai 6284 kematian berbanding tahun 2017 iaitu seramai 6740 kematian sekaligus merekodkan penurunan sebanyak 6.77 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebelum itu dalam ucapan sempena sambutan Hari JPJ ke 73 di Putrajaya, Anthony berkata menurut statistik yang dikeluarkan oleh jabatan perangkaan Malaysia meletakkan kemalangan jalan raya di tangga ke empat punca utama kematian rakyat Malaysia.