Kes hina Nabi, Islam- Polis tahan tiga individu, buru seorang lagi

  • 5 years ago
Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai.Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas.Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.ohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini.