Polis buru individu bikin kecuh di pasar raya

  • 8 years ago
Polis mengesan beberapa suspek dipercayai menimbulkan kekecohan serta mengeluarkan perkataan mengaibkan kepada seorang juruwang di sebuah pasar raya terkemuka, di sini, yang rakaman video pergaduhan itu viral di laman sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada wanita berusia 24 tahun yang juga juruwang pasar raya berkenaan.

Beliau berkata, wanita itu membuat laporan jam 4.38 petang kelmarin selepas video berkenaan viral di laman sosial dan polis kini mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dalam laporan dibuat wanita berkenaan mendakwa beberapa suspek yang membeli barangan di pasar raya itu, jam 10.45 malam kelmarin dipercayai menukar tanda harga barangan sebelum tindakan itu disedarinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kita akan memohon arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk memulakan siasatan,” katanya.