Detik-detik feri Langkawi terbakar, 52 selamat

  • 5 years ago
Seramai 52 orang penumpang terselamat, selepas sebuah feri dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian petang ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Kepten Zulinda Ramly berkata ketika kejadian, feri tersebut membawa penumpang dari Terminal Feri Kuah menuju Kuala Perlis.

"Feri tersebut berlepas pada 2.30 petang dan kira-kira 15 minit selepas perjalanan, berlaku kebakaran di bahagian enjin feri tersebut. Krew feri yang menyedari kejadian itu mengarahkan penumpang berkumpul di bahagian hadapan feri.

"Semua 52 penumpang kemudian dipindahkan ke bot-bot nelayan serta feri berhampiran lokasi yang datang selepas kapten feri berkenaan meminta bantuan," katanya ketika ditemui Bernama di Terminal Feri Kuah di Langkawi hari ini.

Zulinda berkata semua penumpang terselamat termasuk seorang wanita dan lelaki cedera dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tinjauan Bernama mendapati penumpang yang terselamat dibawa ke Terminal Feri Kuah dan setakat 4.30 petang ini mereka masih berada di situ.

Recommended