Satu kenyataan menarik tetapi... - KJ

  • 6 years ago
Tawaran bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mencari dan membawa pulang ahli pernigaan kontroversi Low Taek Jho dari China bagi menyelesaikan kes 1MDB menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parlimen BN.

Menurut Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Hishammuddin tidak perlu berbuat demikian, sebaliknya jika mempunyai maklumat berkaitan Jho Low, beliau perlu menyalurkannya kepada kerajaan.

“Satu kenyataan yang menarik daripada Daruk Seri Hishammuddin untuk cari Jho Lo tetapi kalau beliau ada maklumat saya harap dapat diberikan kepada pihak kerajaan sebab itu cara yang terbaik untuk bawa pulang Jho Low yang diperlukan untuk siasatan.

“Perkara seperti ini melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia, China kerana ia melibatkan undang-undang dan sebagainya.

“Sepatutnya tidak menjadi satu usaha peribadi. Ia mesti dibuat secara antara kerajaan dan kerajaan” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Video link kenyataan Hishammuddin : https://www.youtube.com/watch?v=zvp-jybQ9Ng

Recommended