Dikait 'angry bird': Nisha Ayub 'sekolahkan' Senator BN

  • 6 years ago
Aktivis transgender Nisha Ayub menyelar tindakan Senator dari BN Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad yang mengaitkan permainan popular ‘angry bird’ dalam memahami kesulitan yang dihadapi oleh kumpulan transgender di negara ini.

Menurut Nisha, identiti jantina bukan mengenai perkara di celah kaki (alat sulit) tetapi ia mengenai telinga dan otak.

Jadi ia harus difahami perbezaan antara satu identiti berdasarkan biologi dan satu berdasarkan organ seksual, kata Nisha dalam satu video pendek.

Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara, hari ini, senator itu meminta semua pihak supaya tidak terbawa-bawa dengan isu berkenaan.

Sambil mengakui adalah janggal bagi beliau menggunakan tandas ketika pembersih wanita sedang menjalankan tugasnya, katanya, akan menjadi lebih janggal apabila seorang trasgender berdiri di sebelahnya.

Justeru Khairudin berharap pentadbiran semasa akan menyelesaikan masalah kumpulan berkenaan.