Malaysia tidak mengamalkan buruh paksa

  • 7 years ago
Kerajaan memandang serius dakwaan Jabatan Buruh Amerika Syarikat, AS mengenai kewujudan amalan buruh paksa dalam sektor elektrik dan elektronik, di negara ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata pandangan negatif itu mampu memberi implikasi buruk terhadap eksport sektor itu dalam jangka masa panjang sekiranya langkah-langkah tidak diambil untuk mengatasinya.